PELAN TINDAKAN
1.AKADEMIK
OBJEKTIF
1.1-Meningkatkan keputusan dalam PMR.
1.2-Meningkatkan pencapaian pelajar dalam SPM.
1.3-Menanam minat dan menambah kemahiran dalam mata pelajaran tertentu
dengan mewujudkan Bulan Akademik.
KPI
1.1-Peratusan kelulusan dalam PMR akan meningkat kepada 75% pada tahun 2012.
1.2-Pencapaian sekolah dalam SPM meningkat sekurang-kurangnya 3% setiap tahun.
1.3-Minat, pengetahuan dan kemahiran pelajar meningkat untuk mata pelajaran kritikal
seperti Geografi, Sejarah, Sains dan Matematik.
2.KOKURIKULUM
OBJEKTIF
2.1-Peningkatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum unit uniform ke peringkat
sekurang-kurangnya mewakili daerah Limbang.
2.2-Meningkatkan penyertaan pelajar dalam bidang sukan dan permainan sekurang-
kurangnya peringkat daerah Limbang.
2.3-Meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kesenian dan kebudayaan.
KPI
2.1-Peningkatan sebanyak 30% pelajar setahun yang menyertai aktiviti unit uniform
peringkat daerah Limbang.
2.2-Peningkatan penglibatan pelajar sebanyak 30% setiap tahun.
2.3-Peningkatan penglibatan pelajar sekurang-kurangnyan 10% setiap tahun.
3.HAL-EHWAL MURID
OBJEKTIF
3.1-Meningkatkan pengurusan Hal-Ehwal Murid.
3.2-Menyertai Pertandingan Asrama Terbilang menjelang tahun 2015.
3.3-Menggalakkan penyertaan ibubapa dalam program gotong-royong sekolah.
KPI
3.1-Semua Pengurusan Hal-Ehwal Murid meningkat sebanyak 5% setiap tahun.
3.2-Peningkatan pengurusan Asrama sebanyak 10% setiap tahun.
3.3-Peningkatan kehadiran ibubapa sebanyak 10% setiap tahun.